‘Speaker, Ketua Menteri Melaka buat sidang media petang ini’ – Ahmad Maslan

0
2

SETIAUSAHA Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan satu sidang media oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan diadakan petang ini.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil keputusan yang betul susulan tindakan empat ADUN mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Sulaiman, berkuat-kuasa hari ini.

“Susulan itu, Presiden (Umno) sentiasa berhubung dengan Pengerusi Perhubungan Umno Melaka,” katanya menerusi Aplikasi Whatssap sebentar tadi.

Terdahulu, ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron bersama tiga lagi wakil rakyat kerajaan mengumumkan menarik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka.

Tiga individu lain adalah ADUN Pantai Kundor (BN), Datuk Nor Azman Hassan, Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas – Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Kedudukan terbaharu itu bermakna Sulaiman hanya mempunyai 13 kerusi di DUN Melaka berbanding PH yang memiliki 11 kerusi.

DUN Melaka mempunyai keseluruhan 28 kerusi.

Ini juga bermakna Sulaiman tidak lagi mempunyai majoriti mudah di DUN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here