Bapa maut dibunuh anak lelaki

0
2

BAPA berusia 75 tahun mati selepas dibunuh anak lelakinya sendiri susulan pergaduhan di rumah mereka di Kampung Rapat di Ipoh, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa cedera di muka, leher dan kepala menggunakan botol kaca oleh suspek yang berusia 49 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata mangsa ditemui terbaring di ruang tetamu dan ketika polis tiba suspek tidak cuba melarikan diri.

“Malah berada di sisi bapanya,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Mohamad Nordin berkata, suspek difahamkan 20 tahun mengalami penyakit mental dan sering menerima rawatan.

“Suspek juga berniaga sekali dengan bapanya di kedai runcit di dalam Pasar Gunung Rapat,” katanya sambil menambah siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Katanya, suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.