Lapor pelanggaran SOP guna MySejahtera – KKM

0
2

ORANG ramai boleh membuat aduan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh individu atau premis kepada pihak berkuasa menerusi aplikasi MySejahtera, tidak lama lagi.

Berkongsi mengenai perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ciri aduan di aplikasi berkenaan akan dimuatnaik dalam masa terdekat.

“Jika anda menyaksikan ada yang tidak mematuhi SOP, sila laporian aduan anda di MySejahtera,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, dalam satu ciapan di Twitternya, memaklumkan beliau telah mengarahkan pihak pengendali MySejahtera untuk membuat sedikit pembaharuan berhubung aduan pengguna.

“Saya sudah minta MySejahtera buat sedikit kemas kini tetapi ciri-ciri itu sudah tersedia,” katanya menjawab pertanyaan berhubung bagaimana ingin membuat aduan mengenai premis yang melanggar SOP.

Beliau turut berkongsi klip video tutorial ciri baharu aduan di aplikasi berkenaan.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu hantaran di Facebook turut berkongsi mengenai ciri baharu berkenaan.

“Butang ‘Aduan’ akan diaktifkan membolehkan orang ramai menggunakan kemudahan itu.

“Orang ramai boleh buat aduan pelanggaran SOP oleh individu, pengendali premis, pelanggaran perintah kuarantin dan isu-isu lain,” menurut hantaran itu.

KKM juga memaklumkan menerusi kemudahan baharu itu, pengadu boleh memuatnaik gambar sebagai bukti aduan pelanggaran SOP. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here