Firdaus Wong lapor polis nafi sebar video, gambar lucah

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1633165712916","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

PENGASAS Multiracial Reverted Muslims (MRM)Firdaus Wong Wai Hung, hari ini, membuat laporan polis berhubung isu penyebaran video serta gambar lucah dipercayai membabitkan seorang pendakwah terkenal, baru-baru ini.

Firdaus berkata, laporan itu dibuat susulan fitnah yang disebarkan kononnya beliau adalah pengasas dan pemilik  kepada saluran Telegram berkenaan.

“Alhamdulilah selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan kononnya sayalah pengasas & pemilik Telegram channel yang menyebarkan video serta gambar lucah. Saya menafikan fitnah tersebut,” katanya menerusi Telegram rasminya, hari ini.

Firdaus berkata, beliau hanya mempunyai satu saluran Telegram rasmi sahaja dan tidak mempunyai kaitan dengan penyebaran video dan gambar lucah berkenaan.

“Saya hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja di pautan ini  https://t.me/brofirdauswong & menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan saya dengan penyebaran sebarang video & gambar lucah.

“Saya akan memaafkan mereka yang memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghina saya tetapi saya tidak akan mendiamkan diri apabila saya difitnah,” katanya.

Dalam pada itu, Firdaus berkata, beliau menyayangi semua sahabatnya dan tidak mahu mereka melakukan dosa fitnah yang tidak disedari.

“Saya sayangkan sahabat semua maka saya tidak mahu sahabat semua melakukan dosa fitnah tanpa disedari akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka yang menyebarkan fitnah tersebut,” katanya.

Terdahulu, Firdaus memaklumkan laporan polis itu dibuat di Balai Polis Wangsa Maju jam 3 petang tadi.

“Doakan segalanya berjalan lancar dan kebenaran serta keadilan dapat ditegakkan,” katanya.

Sebelum ini, Firdaus menegaskan tindakannya mendedahkan dakwaan salah laku seksual seorang pendakwah terkenal bukanlah untuk menjadi hero atau mendedahkan aib orang lain.

Beliau yang juga pendakwah bebas, berkata apa yang didedahkan pihaknya adalah berdasarkan laporan diterima daripada mereka yang menjadi mangsa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here