Hanya vaksinasi janji temu di Lembah Klang bermula Isnin

0
2
Seorang penerima vaksin melihat kad penerimaan vaksin setelah dicucuk vaksin AstraZaneca di PWTC.

VAKSINASI bagi penduduk dewasa Lembah Klang untuk warganegara dan bukan warganegara hanya akan dilaksanakan dengan kaedah janji temu bermula Isnin ini.

Pasukan petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) menerusi kenyataan, berkata oleh itu semua individu dewasa yang ingin mendapatkan vaksinasi Covid-19 termasuk mereka yang terlepas janji temu suntikan dos kedua perlu membuat janji temu awal terlebih dahulu.

“Janji temu boleh dibuat dengan menghubungi nombor telefon bilik gerakan vaksinasi daerah masing-masing atau menerusi e-mel.

“Untuk vaksinasi remaja 12 hingga 17 tahun, sila rujuk kepada pengumuman yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” menurut kenyataan itu.

Bermula semalam, pemberian vaksin Covid-19 akan diteruskan di klinik kesihatan (KK) Lembah Klang yang berdekatan dengan lokasi penerima.

Susulan itu, CITF turut menyenaraikan 23 KK dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang memberikan vaksin Covid-19 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Ia membabitkan KK Kuala Lumpur, Setapak, Datuk Keramat, Jinjang, Sentul, Batu Muda, Tanglin, Muhibbah, Bandar Tun Razak, Cheras, Sungai Besi, Cheras Baru dan Putrajaya Presint 18.

Pusat Kesihatan Daerah (PKD) yang boleh dihubungi pula adalah Petaling, Kuala Langat, Gombak, Kuala Selangor, Klang, Hulu Selangor, Hulu Langat, Sepang dan Sabak Bernam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here