33 kematian akibat keracunan metanol

0
3

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menerima sebanyak 55 kes keracunan metanol hanya dalam tempoh tidak sampai sebulan iaitu dari 9 September hingga 30 September lalu.

Berdasarkan perkongsian dan data di laman Facebook KKM, daripada 55 notifikasi kes keracunan berkenaan, 33 kes adalah menyebabkan kematian iaitu 18 warganegara tempatan dan 15 bukan warganegara.

Menurut KKM, 15 kes sedang dirawat di hospital dengan 12 daripadanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala tiga daripadanya yang tidak kritikal dirawat di wad biasa dan tujuh lagi sudah dibenarkan keluar hospital.

“Keracunan metanol biasanya dikaitkan dengan minuman beralkohol yang dikilang secara tidak sah, kerana kebiasaanya metanol dicampur dalam minuman tersebut sebagai pengganti etanol.

“Harga metanol juga adalah lebih murah berbanding etanol,” menurut KKM.

Menurut KKM, keracunan metanol berlaku apabila minuman beralkohol yang diminum mengandungi metanol dalam dos yang toksik.

“Sebarang aduan berkenaan aktiviti pembuatan, penjualan atau pengedaran produk minuman beralkohol secara haram atau tidak berkastam boleh dilaporkan kepada talian Aduan Penyeludupan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di talian 1800-88-8855 atau Polis Diraja Malaysia di talian 03-2266 3333/3451/3444.

“Dapatkan rawatan kecemasan ke klinik atau hospital berdekatan jika terdapat individu mengalami gejala ini,” katanya. – Malaysiapost

Gambar sekadar hiasan. Kredit Foto: Ceria Sihat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here