Hujan lebat, ribut petir landa 4 negeri pagi ini

0
2

BEBERAPA kawasan di empat negeri dijangka dilanda ribut petir berserta hujan lebat sehingga jam 10 pagi nanti.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataannya berkata, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat di negeri Johor adalah Muar, Batu Pahat, Mersing, dan Kota Tinggi.

“Ribut petir dan hujan lebat turut diramal berlaku di Sarawak melibatkan kawasan Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri (Subis dan Miri).

“Keadaan sama juga dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah iaitu Pedalaman (Kuala Penyu) dan Pantai Barat serta seluruh Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here