Bajet 2022: Tuntutan rakyat dibangkitkan Pemuda Umno akan diumumkan

0
2

KETUA Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan beberapa tuntutan rakyat yang bangkitkannya sebelum ini kepada Perdana Menteri bakal diumumkan dalam Bajet 2022 nanti.

Asyraf berkata, perkara itu dimaklumkan selepas beliau membuat susulan beberapa isu utama tersebut selepas Mesyuarat Kerja Tertinggi Umno, kelmarin.

“Isu yang dibangkitkan semula kelmarin, untuk diberikan perhatian kepada Perdana Menteri, antaranya Tuntutan Rakyat mengenai KWSP i-Citra RM10,000 secara one-off.

“Kedua, keputusan Kabinet untuk bank menawarkan moratorium tanpa faedah terakru dan isu-isu kebajikan dan keselamatan pekerja muda dalam industri Ekonomi GIG khususnya P-Hailing dan E-Hailing.

“Justeru, PM menyatakan bahawa perkara-perkara yang Pemuda Umno bangkitkan ini telah diminta untuk Menteri Kewangan (Datuk Seri) Tengku Zafrul (Tengku Abdul Aziz) ambil tindakan dan ada yang akan diumumkan dalam Bajet 2022 nanti,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kepada Perdana Menteri supaya dapat menyegerakan harapan rakyat terutamanya mengenai Moratorium dan i-Citra kerana ramai yang berharap dan kini dalam keadaan terdesak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here