
MALAYSIA hari ini melaporkan 11,889 jangkitan baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan kes di negara ini kini 2,257,584.
Data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyaksikan Sarawak terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 2,413, diikuti Selangor (1,568) serta Johor melaporkan 1,217 kes.
Perak pula mencatatkan 959 kes, Sabah (872), Kelantan (858), Pahang (831), Pulau Pinang (779), Kedah (710), Terengganu (699), Melaka (378), Kuala Lumpur (289) dan Negeri Sembilan (197).
Perlis merekodkan 81 kes, Putrajaya pula 36 serta hanya dua kes di Labuan. – Malaysiapost
