
KES baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini masih kekal di angka 12,000 dengan mencatatkan 12,735 kes, menjadikan keseluruhan 2,245,695 kes direkodkan sejak wabak berkenaan melanda negara.
Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 2,487 kes.
Diikuti Selangor dengan 1,940 kes, Johor (1,241), Kelantan (1,232) dan Kedah (1,033)
Perak pula merekodkan 913 kes manakala Pulau Pinang (763), Kedah, Terengganu (726) dan Pahang (697).
Melaka melaporkan sebanyak 194 kes, Kuala Lumpur (258), Negeri Sembilan (132) Perlis (97), Putrajaya (28) dan Labuan hanya satu kes baharu. – Malaysiapost
