Antivaksin masih boleh daftar MySejahtera

0
2

[PARLIMEN] KERAJAAN masih meneruskan program advokasi kepada individu yang menolak vaksin Covid-19, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, individu terbabit masih boleh mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera bagi menerima vaksin di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Katanya, sehingga 20 September lalu sebanyak 80 peratus penduduk dewasa telah lengkap vaksin dan kira-kira 5.7 peratus lagi yang belum mendaftar sebagai penerima vaksinasi.

“Ada beberapa sebab yang 5.7 peratus ini belum daftar iaitu disebabkan mereka berpindah, komorbiditi dan memang ada dalam kalangan mereka yang antivaksin.

“Namun kepada mereka ini, kita masih ada program advokasi supaya mereka terus mendaftar dalam MySejahtera supaya kita boleh memvaksinkan mereka.

“Kalau mereka tidak mahu vaksin, nanti suatu ketika kerajaan akan keluarkan perintah atau cadangan bagaimana kita boleh mengurus pandemik Covid-19 ini tanpa vaksinasi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan) yang meminta kerajaan menyatakan strategi selain program vaksinasi dalam mengekang penularan wabak Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here