BEKALAN air di lima kawasan terjejas di Wilayah Hulu Langat yang mengalami gangguan bekalan air berjadual kembali pulih sepenuhnya jam 3 pagi tadi.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, kerja-kerja penyelengaraan secara berjadual bagi penggantian injap di tiga lokasi telah disiap sepenuhnya.
Menurutnya, tiga kawasan tersebut adalah Taman Sri Indah Balakong, Inlet Cheras dan di hadapan pencawang pembahagi utama The Mines.
“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
“Para pengguna disaran untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman web www.airselangor.com,” katanya menerusi kenyataan. – Malaysiapost

