Lembah Klang beralih ke Fasa Tiga PPN

0
2
Suasana di sekitar bandaraya Kuala Lumpur malam terakhir sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) "Total Lockdown" ketika tinjauan Malaysiapost malam ini.

LEMBAH Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih daripada Fasa Dua ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuatkuasa 1 Oktober ini.  

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini yang turut bersetuju Melaka beralih ke Fasa Tiga dan Kedah beralih ke Fasa Dua pada tarikh sama. 

Katanya, peralihan fasa itu dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).   

“Berdasarkan keputusan jawatankuasa yang membenarkan peralihan dari Fasa satu ke Fasa dua bagi Kedah, ia bermakna tiada lagi negeri berada di Fasa satu di seluruh negara.  

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh Keluarga Malaysia, khususnya kerajaan negeri yang bertungkus-lumus menguruskan situasi pandemik di negeri masing-masing, demi memenuhi nilai ambang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here