
MALAYSIA hari ini mencatatkan 11,332 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan kes kini 2,220,526.
Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini, Sarawak mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu 2,358 kes, diikuti Johor (1,319), Selangor (1,231) dan Kelantan (1,088).
Negeri-negeri yang mencatatkan tiga angka ialah Sabah (965), Pulau Pinang (895), Kedah (819), Perak (678), Pahang (677), Terengganu (629), Melaka (303) serta Kuala Lumpur dengan 240 kes.
Selain itu Negeri Sembilan melaporkan 89 kes, Putrajaya dan Perlis masing-masing 19 kes serta Labuan dengan tiga kes. – Malaysiapost
