Bung Moktar minta maaf, tarik balik perkataan ‘bodoh’

0
2

[PARLIMEN] AHLI Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menarik semula perkataan ‘bodoh’ yang dikatakannya dalam Dewan Rakyat minggu lalu dan membuat permohonan maaf hari ini.

Beliau berbuat demikian selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memintanya menarik balik perkataan itu dan membuat permohonan maaf.

Ia berikutan usul dikemukakan Noorita Sual (PH-Tenom) untuk merujuk Bung Moktar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan kenyataan kurang sopan terhadap Ahli Parlimen PH minggu lalu.

“Saya pun tidak tahu, saya sedang berhujah, tiba-tiba satu orang yang tangkap mic (microphone) tanpa berdiri (mencelah), jadi siapa yang makan lada dia rasa pedaslah.

“Bagaimanapun untuk menghormati dewan yang mulia ini saya tarik balik, saya akur dan mohon maaf kepada Dewan yang mulia ini,” katanya.

Susulan itu, Dewan Rakyat menerima permohonan maaf tersebut.

Dalam pada itu, Azhar berkata, beliau akan memberi jawapan kepada Noorita mengenai usul tuduhan Bung Moktar terhadap kerajaan PH yang memotong peruntukan bagi projek Pan Borneo.

“Saya telah melihat jawapan Menteri Kerja Raya mengenai isu sama, saya akan jawab kepada Tenom,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here