Jaringan ‘meroket’ pemain Sabah tarik perhatian FIFA

0
2

JARINGAN jarak jauh menerusi sepakan percuma oleh pemain import Sabah FC, Park Tae-su bukan sahaja menjadi bualan peminat bola sepak Malaysia, malah mendapat perhatian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Jaringan minit ke-20 oleh pemain import dari Korea Selatan itu membolehkan Sabah FC mendahului PJ City FC 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.

Menerusi satu ciapan di Twitter, FIFA menghamburkan pujian terhadap jaringan cantik menerusi sepakan percuma Park.

“Tepukan kepada Park Tae Su! Jaringan roket daripada 40 ela yang terkena palang sebelum menerjah jaring.

“Gol yang pasti menjadi sejarah buat Sabah FC,” ciap badan induk bola sepak dunia itu hari ini.

Bagaimanapun jaringan menakjubkan itu belum cukup untuk Sabah FC meraih tiga mata penuh apabila Darren Lok menyamakan kedudukan buat PJ City pada lewat perlawanan untuk kedua-dua pasukan berkongsi mata dalam aksi pembukaan Piala Malaysia edisi ke-100. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here