‘Propaganda penyelewengan Tabung Haji adalah penipuan paling berjaya PH’ – Najib

0
2
Pix via Malaysiapost

DATUK Seri Najib Razak menyifatkan penipuan Pakatan Harapan (PH) yang paling berjaya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)adalah mewujudkan propaganda berhubung penyelewengan dalam Tabung Haji (TH) ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata, propanganda bahawa berlakunya kecurian, salah guna kuasa, penipuan akaun dan penyelewengan sehingga TH mengalami kehilangan berbilion-bilion Ringgit itu juga pernah cuba diteruskan PH.

“Tapi realitinya ialah tiada kertas siasatan berhubung kehilangan dana, penipuan akaun oleh akauntan/juruaudit atau rompakan dari TH oleh Ahli Parlimen BN atau saya pernah dibuka masa PH.

“Sebab itu, PH tidak pernah berani mengumumkan RCI bagi TH walaupun pernah didesak oleh saya banyak kali untuk mereka memenuhi 10 janji 100 hari manifesto bukan kitab suci mereka untuk melaksanakan RCi bagi TH,” katanya menerusi Facebook.

Selain itu, Najib berkata, propaganda kononnya TH dalam bahaya dan bakal bankrap sebenarnya bermula dengan surat amaran dari bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Aziz kepada Tabung Haji yang “terbongkar” pada akhir tahun 2015.

Najib berkata, namun tiada sesiapa pernah menjelaskan kenapa Zeti dari Bank Negara sibuk untuk memberi “amaran” kepada TH sedangkan TH bukan di bawah Ban Negara.

Najib mempersoalkan mengapa TH begitu bermasalah selepas PRU14 dan kadar Hibab jatuh ke 1.25% walaupun kadar Hibah TH tinggi dengan konsisten sepanjang masa sebelum PRU14.

“Jawapan mudah ialah 52% aset TH masa itu adalah dalam bentuk pelaburan ekuiti dan Bursa Malaysia jatuh menjunam selepas PRU14 di bawah pentadbiran kerajaan PH.

“Keadaan ini ialah angkara PH dan saya telah jelaskan banyak kali bersama bukti,” katanya.

Najib berkata, walaupun tiada kertas siasatan pernah dibuka terhadap TH tetapi kerajaan PH pernah cuba menyiasat Yayasan TH dengan tuduhan bahawa wang TH telah disalahgunakan Umno

“Namun siastan PH terhadap Yayasan TH tak berhasil dan tiada dakwaan dikenakan.

“Cuma mereka timbulkan usaha Umno yang telah menyumbang RM8 juta (Yayasan TH sumbang RM7 juta manakala pemberi korporat lain sumbang RM7 juta) kepada tabung RM22 juta yang disalurkan sepenuhnya kepada 100,000 penerima dari golongan asnaf seluruh negara pada Ramadan tahun 2017,” katanya/

Terdahulu, dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary memaklumkan setakat ini tiada sebarang kertas siasatan dibuka berhubung dakwaan kecurian dana Lembaga Tabung Haji.

“Setakat ini tiada sebarang kertas siasatan dibuka ke atas mana-mana pihak atas tuduhan mencuri wang Tabung Haji termasuklah yang YB Baling sering kedengaran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here