RMK12: Nasib kaum Cina, India terus terbela

0
2
india town

KERAJAAN akan terus membela nasib kaum Cina dan India malah mereka tidak akan dipinggirkan menerusi pakej Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau sedar masih ada kaum Cina dan India terutama mereka yang berpendapatan rendah perlu dibantu.

Justeru, katanya kerajaan merangka beberapa inisiatif untuk membantu kaum terbabit.

“Saya menyedari masih terdapat isi rumah kaum Cina yang berpendapatan rendah, khususnya di Kampung Baru seluruh negara.

“Kerajaan juga akan terus membantu kumpulan ini dengan meningkatkan akses dan menambah baik Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru.

“Kemudahan ini bertujuan untuk mereka mengembangkan perniagaan dan terbabit dalam keusahawanan. Selain itu, program infrastruktur asas dan ameniti sosial akan diteruskan bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk di Kampung Baru Cina,” katanya ketika membentangkan RMK12 di Dewan Rakyat, hari ini.

Susulan terdapat kaum India yang berpendapatan rendah, Perdana Menteri berkata, dalam mencapai pembangunan inklusif, kesejahteraan kaum India akan terus diberi keutamaan, selaras dengan Pelan Tindakan Masyarakat India.

Justeru, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memberi sokongan kepada mereka dengan menyediakan program peningkatan kemahiran dan bantuan kewangan bersasar serta peluang keusahawanan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here