Lebih 83% populasi dewasa lengkap vaksin

0
3

PERATUSAN vaksinasi populasi dewasa di Malaysia sehingga semalam mencecah 83.7 peratus membabitkan 19,604,699 individu yang lengkap vaksinasi.

Mengikut perincian yang dikongsi menerusi portal CovidNow hari ini, sebanyak 93.7 peratus atau 21,944,808 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Seramai 19,633,681 individu atau 60.1 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Manakala sebanyak 69.9 peratus atau 22,834,060 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, seramai 28,982 atau 0.9 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.

Sebanyak 269,465 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 117,196 dos pertama dan 152,269 dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 42,375,862 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here