PM ucap tahniah kepada Maryam Muzamir

0
2

PERDANA Menteri mengucapkan syabas dan tahniah kepada Maryam Muzamir atas kejayaannya mengharumkan nama negara selepas meraih tiga pingat emas dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa Kanada ke-6 (iCAN 2021), di Toronto, Kanada, bulan lalu.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Datuk Seri Ismail Sabri, berkata Maryam telah mengharumkan nama Malaysia melalui inovasi makanan haiwan yang diperbuat daripada siput sedut dan juga kulit udang.

“Ia merupakan pertandingan inovasi dan reka cipta terbesar di benua Amerika Utara.

“Malah, Adik Maryam turut mendapat perhatian dunia melalui siaran Rancangan TV terkemuka, The Late Late Show with James Corden,” katanya.

Ismail Sabri berkata, Maryam bukan sahaja mengenepikan 600 peserta lain dari 70 negara, tetapi dia juga menjadi pemenang termuda dalam pertandingan tersebut.

“Keluarga Malaysia amat berbangga dengan pencapaian adik Maryam dan saya mendoakan adik Maryam terus menempa lebih banyak kejayaan pada masa hadapa,” katanya.

Terdahulu, Maryam yang juga murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist, Kuantan, Pahang itu beroleh kejayaan dalam pertandingan inovasi dan reka cipta terbesar di benua Amerika Utara itu selepas mencipta inovasi makanan haiwan daripada kulit udang dan siput sedut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here