Ernie Zakri hamil 4 bulan

0
2

PENYANYI Ernie Zakri mengesahkan dirinya kini hamil empat bulan.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi Instagram, yang memaparkan gambar Ernie bersama suaminya, yang juga penyanyi, Syamel memegang sebuah buku seperti buku laporan untuk ibu mengandung.

“Alhamdulillah untuk rezeki-Mu Ya Allah. Engkau permudahkanlah perjalanan kami,” tulisnya.

Menerusi laporan Harian Metro, Ernie memaklumkan usia kehamilannya sudah memasuki 16 minggu iaitu sekitar empat bulan.

“Ketika trimester pertama semuanya okay, saya tidak mengalami sebarang alahan.

“Namun, memasuki trimester kedua ini saya sudah mula sensitif terhadap makanan pedas dan berminyak. Saya akan muntah-muntah serta sudah mula mengalami alahan seperti yang dilalui kebanyakan ibu mengandung,” katanya.

Menurut Ernie, dia tidak pernah berniat untuk menyorok kehamilan sulungnya itu, sebaliknya berharap orang ramai memahami situasi dan keadaan yang dilalui dirinya dan suami yang kehilangan ibu tercinta bulan lalu.

Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here