
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah sedang mengesan seorang individu bagi membantu pengurusan kes SPRM.
Menerusi kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan lelaki tersebut, Loi Kok Lun, 40, mempunyai alamat terakhir di 97, Perumahan Awam Baru, 06600 Kuala Kedah, Kedah.
“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Muhammad Irwan Khurshairi Md Balkhis di talian 04-700 1880 atau 013-730 3739 atau e-mel kepada [email protected],” katanya. – Malaysiapost
