‘Saya tukar fikiran’ – Azhar

0
2

[PARLIMEN] YANG diPertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan campur tangan seorang menteri kanan bagi menghalang Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) mempengerusikan Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata, tiada cubaan campur tangan badan eksekutif berlaku di Dewan Rakyat dan isu yang melibatkan Kor Ming dianggap selesai.

“Saya tidak didorong atau ditekan sesiapa untuk menukar fikiran itu, saya cuma menggunakan kuasa saya untuk bertukar fikiran,” katanya menjawab pertanyaan Gobind Singh Deo (PH-Puchong).

Gobind bangun ketika sesi pertanyaaan menteri selesai dengan bertanya mengenai laporan media semalam berhubung Kor Ming didakwa dihalang daripada mempengerusikan sidang Dewan Rakyat pada sesi petang semalam.

Dilaporkan, seorang menteri kanan telah menghalang Kor Ming berbuat demikian.

Dalam pada itu, Azhar Azizan mengakui ada meminta Kor Ming menggantikan tempat beliau dalam sesi petang semalam.

Bagaimanapun, keputusan itu ditarik balik Azhar Azizan di saat-saat akhir.

“Saya memang bagi surat kepada (Ahli Parlimen) Teluk Intan dan berterima kasih kepada beliau kerana bersedia untuk menerima permintaan saya.

“Saya tukar fikiran saat-saat akhir dan sememangnya prosiding itu sah, sebab saya balik semula untuk mempengerusikan mesyuarat,” jelasnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here