Hampir 6,000 pelajar divaksinasi dalam kem tentera – Hishammuddin

0
2

SERAMAI 5,887 pelajar berumur 12 hingga 17 tahun akan diberikan suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Vaksinasi Back To School
di sekolah-sekolah dalam kem-kem tentera.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata program itu dilaksanakan melalui kerjasama antara Kementerian Pertahanan dan Kemterian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, seramai 255 pelajar Tingkatan Empat dan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Tun Hussein Onn, Kem Kementah menerima suntikan vaksin hari ini.

“Program Vaksinasi Remaja bagi pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) akan dilaksanakan pada minggu kelima bulan September. Seramai 330 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Kementah dan SK Desa Tun Hussein Onn turut akan diberi suntikan vaksin.

“ATM juga sedia aturgerak Tim Suntikan Bergerak Perkhidmatan Kesihatan ATM pada bila-bila masa bagi membantu Kementerian Pendidikan (KPM) dan KKM melaksanakan program vaksinasi di sekolah-sekolah di seluruh negara,” katanya.

Pagi tadi, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu di sekolah-sekolah yang dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sementara dan secara ‘walk-in’ di PPV sedia ada.

Khairy berkata pelaksanaan PICK Remaja di sekolah yang dijadikan PPV sementara adalah melalui program jangkau luar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here