PRN Sabah: PAS hormati sikap rakan

0
3

Muhmmad Mustakim Ramli

PAS mengambil pendirian untuk memberikan laluan kepada rakan sekutunya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah,bagi memastikan pertandingan dua penjuru dapat berlangsung. 

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata parti itu menghormati sikap rakan-rakan di Sabah yang berhasrat untuk bertanding di keseluruhan 73 kerusi setelah usaha rundingan dimuktamadkan.

Katanya, pendirian PAS memberi laluan demi memelihara permuafakatan yang terjalin serta mengambil kira implikasi politik di masa mendatang. 

“Keutamaan PAS adalah persiapan untuk menghadapi PRU-15 yang dijangka dalam masa terdekat, di samping komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional (PN).

“Sokongan jentera dan ahli-ahli PAS dalam PRN Sabah tetap akan digerakkan mengikut keperluan di peringkat setempat,” katanya.

PRN Sabah yang dijadualkan pada 26 September ini, menyaksikan sekutu PAS iaitu PN bertanding di 29 kerusi yang merangkumi Bersatu, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah

Manakala, Umno pula sebanyak 31 kerusi. PAS menjadi parti yang tidak bertanding pada PRN kali ini.-Malaysiapost