Nak tunjuk apa lagi, Iqbal beli baju saja pun RM500,000

0
3

TIDAK mahu dicop memilih jutawan terkenal Datuk Seri Vida kerana harta, Iqbal Zukefli akhirnya mendedahkan ‘kekayaan’nya bagi tujuan memperbetulkan stigma orang ramai.

Menerusi hantaran InstaStory miliknya, dia berkata tidak berniat untuk berlagak kaya, sebaliknya mahu menafikan kata-kata orang yang menuduhnya tergila-gilakan harta.

“Kain langsir saja RM100,000 saya habiskan. Makanan kucing sahaja RM6,000 sebulan saya bagi. Jangan ingat saya tak tayang harta bermakna saya tidak punya. Memfitnah jangan melampau.

“Saya tidak suka berlagak dengan pembelian saya kerana bagi saya kepuasan adalah untuk diri sendiri, bukan bertujuan untuk ditayangkan. Tetapi setelah saya difitnah gilakan harta Dato Seri Vida, mari saya bagitau,” tulisnya di InstaStory.

Sementara itu, Iqbal juga mendedahkan harga kediaman miliknya yang berharga RM3 juta, kasut bernilai lebih RM100,000.

Malah, jangan terkejut apabila dia memberitahu menghabiskan RM500,000 dalam tempoh enam bulan untuk membeli pakaian.

Pada masa sama, Iqbal menolak dakwaan yang mendakwa dia ‘anak ikan’ kepada usahawan kosmetik terkenal itu.

“Tak ada masa saya nak jadi anak ikan. Waktu duit saya RM50, orang pernah tawar saya RM1 juta pun saya tolak.

“Bukan bermaksud terlalu baik tidak punya nafsu, cuma saya ada pendirian. Kenapa perlu bayar? Ingat diri saya boleh dijual beli? Saya tahu kemampuan saya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here