Covid-19: 17,577 kes baharu dicatatkan hari ini

0
2

SEBANYAK 17,577 kes kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini, menurun sedikit berbanding 18,815 semalam.

Angka itu menjadikan kes keseluruhan Covid-19 di Malaysia terus meningkat kepada 2,067,327 kes.

Berdasarkan data dikongsi di Facebook Ketua Pengarang Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak melaporkan kes tertinggi iaitu 3,480 diikuti Selangor dengan 2,646 kes.

Johor pula merekodkan 2,334 kes, diikuti Sabah (1,533), Perak (1,596), Pulau Pinang (1,462) dan Kedah (1,173).

Negeri-negeri yang mencatatkan kes di bawah 1,000 ialah Kelantan (869), Pahang (832), Terengganu (719), Kuala Lumpur (366), Melaka (269), Negeri Sembilan (287).

Sementara, Perlis mencatatkan 41 kes, Putrajaya (31) serta 10 kes di Labuan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here