PRN Sabah: Pemuda Umno minta Bersatu hargai PAS, beri kerusi

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

PEMUDA Umno meminta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menghargai PAS dengan memberi kerusi pada parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo, berkata Bersatu perlu ikhlas kepada PAS sebagai rakan komponen di dalam Perikatan Nasional (PN).

“PPBM (Bersatu) wajar pertimbang satu dua kerusi kepada PAS di PRN Sabah. Mesti ikhlas kepada PAS sebagai rakan komponen PN.

“Tanpa PAS, PN tak dapat didaffarkan. Inilah masanya menghargai PAS,” katanya menerusi akaun media sosial.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pandangan Papagomo berkenaan ada kebenarannya.

“Mohon Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden PPBM (Bersatu) merangkap Pengerusi PN mempertimbangkan kerusi kepada PAS di PRN Sabah.

“Siapa Setuju?,” katanya juga menerusi akaun media sosial.

PRN Sabah yang dijadualkan pada 26 Sepetember ini menyaksikan PN akan bertanding di 29 kerusi yang merangkumi Bersatu, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah. -Malaysiapost