
MALAYSIA mencatatkan kes kematian baharu akibat Covid-19 setakat semalam, iaitu sebanyak 346 kes dengan 105 daripadanya meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Bagaimanapun berdasarkan data dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM) di laman web COVIDNOW, jumlah sebenar kematian akibat Covid-19 di negara ini semalam cuma satu, manakala selebihnya adalah kematian tertunggak (backlog).
Jumlah keseluruhan kematian di Malaysia setakat ini ialah 22,355.
Kes kematian per 100,000 populasi dicatatkan dalam tempoh dua minggu menunjukkan Pulau Pinang kekal mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 18 peratus kes kematian.
Ia diikuti Johor 11.6 peratus, Sabah 9.2 peratus dan Kedah 8.2 peratus.
Sementara itu, seramai 1,234 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 710 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Daripada 18,815 kes harian yang dilaporkan semalam, 222 kes (1.2 Peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.
Manakala, 15,593 kes (98.8 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2. – Malaysiapost
