PM sedih nasib mangsa tanah runtuh di Kampung Madsiang, arah percepat bantuan

0
2

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melawat mangsa tragedi tanah runtuh di Kampung Madsiang, Penampang, Sabah.

Beliau berkata, pihak berkuasa dan agensi-agensi terlibat telah diminta untuk mempercepatkan pemberian bantuan kepada semua mangsa.

“Menyayat hati, apabila saya melihat keadaan mangsa tragedi tanah runtuh di Kampung Madsiang di Penampang, Sabah.

“Dalam sekelip mata, kediaman mereka musnah akibat bencana itu yang berlaku semalam. Saya dapat rasai kesedihan mereka ketika berbual dan bertanya khabar mereka,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan kepada tiga keluarga yang terjejas dalam tragedi tersebut.

Turut mengiringi Perdana Menteri adalah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Terdahulu, tular dua video masing-masing berdurasi 29 saat dan 48 saat menunjukkan situasi tanah runtuh dan terdapat mangsa yang diselamatkan penduduk dipercayai berlaku di Kampung Madsiang.

Menerusi video yang tular itu, sebuah rumah hampir ranap manakala beberapa kenderaan terbalik dan terdapat individu termasuk dua kanak-kanak berjaya dikeluarkan dari rumah berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here