Lelaki tetak bapa saudara ditahan

0
2

POLIS menahan seorang lelaki kerana dipercayai menetak bapa saudaranya dengan pisau pemotong daging di hadapan kedai motosikal di Jalan Jemaluang, Mersing Kecil, Johor Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira 6.42 petang itu, mangsa berusia 61 tahun cedera di tapak tangan kiri, paha kanan, dan menerima rawatan di Hospital Mersing.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, susulan insiden terbabit, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing menahan suspek berusia lingkungan 40-an di sebuah rumah di Taman Intan.

Menurutnya, suspek dipercayai menetak mangsa di tangan dan paha sebelum melarikan diri.

“Selain itu, siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Dia direman selama empat hari bermula Sabtu lalu hingga hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, kejadian tersebut tular di media sosial apabila gambar lelaki berlumuran darah tersebar bersama rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi video berkenaan menunjukkan suspek membawa pisau untuk mencederakan mangsa dan beberapa individu dilihat membaling barang ke arahnya bagi menghentikan perbuatan itu.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here