Program Rekalibrasi PATI atasi kekurangan buruh kelapa sawit

0
2

USAHA memperhebatkan pelaksanaan Program Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Tenaga Kerja (RTK) perlu dipergiatkan bagi menyelesaikan isu kekurangan tenaga buruh kritikal di industri sawit dalam jangka pendek.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pelaksanaan program itu kelak dapat memastikan pemulihan segera pasaran buruh dalam industri sawit.

Tegasnya, pelaksanaan itu perlu memberi keutamaan kepada tenaga asing sedia ada di negara ini.

“Sebenarnya kerajaan pada April lalu sudah meluluskan untuk membolehkan buruh asing diambil bekerja di ladang kelapa sawit melalui proses rekalibrasi. Malangnya ia tak dapat minat daripada buruh asing.

“FELDA dan FGV Holdings Bhd (FGV) umpamanya memerlukan 5,000 dan 10,000 buruh asing, selain mencatat kerugian RM1.6 bilion bagi enam bulan pertama dan untuk setahun RM3.2 bilion.

“Saya juga sudah membangkitkan hal ini sekali lagi dalam mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin, selain sekali lagi akan panggil pihak berkenaan (membincangkan isu kekurangan tenaga buruh) esok,” katanya.

Beliau ditemui media selepas menyempurnakan penyerahan Bantuan Bakul Makanan kepada 1,000 pekerja gig-ekonomi dan bekas petugas media oleh MyCar Platform Apps Sdn Bhd di Putrajaya Sentral hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here