Kadar vaksinasi lengkap penduduk dewasa lebih 70% – Dr Adham

0
2
Penerima-penerima hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol hari ini.

MALAYSIA telah mencapai peratusan kadar vaksinasi melebihi 90 peratus bagi populasi dewasa yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Adham Baba berkat, manakala lebih 70 peratus daripada penduduk dewasa telah lengkap divaksinasi.

“Peratusan populasi keseluruhan negara juga amat memberangsangkan dengan lebih 50 peratus yang telah lengkap divaksinasi dan lebih 65 peratus telah menerima sekurangkurangnya satu dos,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Dr Adham berkata, lebih 50 peratus populasi dewasa di Kelantan telah menerima vaksinasi lengkap, manakala 73 peratus lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Beliau berkata, sehingga 9 September 2021, sebanyak 58,405 warga emas di Kelantan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 136,848 telah lengkap dua dos vaksin.

Manakala, 21,407 orang kurang upaya (OKU) di negeri itu telah menerima satu dos vaksin dan 14, 507 telah menerima vaksinasi lengkap, serta 400,507 individu komorbiditi pula telah menerima satu dos vaksin dan 289,216 telah lengkap dua dos.

“Untuk makluman, Kelantan kini berada pada landasan yang tepat untuk mencapai Nilai Ambang 60 peratus yang disasarkan pada hujung September nanti dengan setakat 8 September, sembilan daripada 10 daerah telah merekodkan kadar melebihi 60 peratus bagi yang telah menerima dos pertama.

“Hanya Gua Musang sahaja yang masih berada di bawah sasaran tersebut setakat ini di mana usaha dan perhatian sedang diberikan untuk memastikan kadar dos pertama yang diberikan adalah mencukupi bagi rekod dos kedua dapat mencapai sasaran tersebut pada hujung bulan nanti,” katanya.

Dr Adham berkata, berdasarkan pembentangan pemantauan pengedaran vaksin Covid-19 semasa Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) pada 8 September lalu, Kelantan bakal menerima bekalan vaksin sebanyak 1,248,900 juta dos sepanjang bulan ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here