MALAYSIA masih mencatatkan kes harian Covid-19 melepasi angka 19,000 apabila sebanyak 19,550 kes baharu direkodkan hari ini.
Angka berkenaan menjadikan kes keseluruhan kini 1,960,500 sejak virus Covid-19 melanda negara.
Berdasarkan data dan infografik yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di laman Facebooknya, Sarawak terus mencatatkan jangkitan tertinggi melepasi 3,000 kes, iaitu 3,743.
Ia diikuti Selangor yang mencatatkan 2,416, Johor (2,282), Sabah (2,163), Pulau Pinang (1,865), Kedah (1,390), Kelantan (1,320) dan Perak (1,354).
Manakala Terengganu merekodkan 953 kes, Pahang (722), Kuala Lumpur (555), Melaka (490) dan Negeri Sembilan (198).
Di Perlis sebanyak 73 kes direkodkan, Putrajaya (24) dan Labuan pula dua kes. – Malaysiapost

