Rangkaian 3G ditamatkan 31 Disember ini

0
2
logo skmm mcmc

RANGKAIAN 3G akan ditamatkan secara berfasa dan tamat sepenuhnya akhir tahun ini dan usaha memantapkan lagi rangkaian 4G serta pengukuhan asas rangkaian 5G.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), memaklumkan penamatan rangkaian terbabit akan dilakukan sepenuhnya pada 31 Disember ini.

“Usaha ini mampu meningkatkan kualiti liputan rangkaian 4G dan mempercepatkan kelajuan liputan internet untuk pengalaman pengguna optima,” menurut SKMM dalam satu hantaran di laman Facebook, hari ini.

Pada Ogos tahun lalu, kerajaan mengumumkan inisiatif Jalinan Digital Negara (Jendela) bagi meningkatkan kualiti jalur lebar di Malaysia.

Pengumuman inisiatif berkenaan turut membabitkan penamatan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga akhir tahun 2021.

Justeru, rakyat Malaysia yang masih menggunakan telefon 3G disaran untuk menaik taraf ke telefon 4G segera sebelum rangkaian 3G ditamatkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here