Pemuda Umno jumpa PM bincang isu tuntutan rakyat – Asyraf Wajdi

0
2

PEMUDA Umno akan tetap terus memperjuangkan suara rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 melalui beberapa tuntutan kepada kerajaan.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata tuntutan rakyat itu termasuk isu moratorium tanpa faedah terakru, pengeluaran i-Citra RM10,000 dan moratorium Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Menurutnya, isu lain yang disuarakan oleh rakyat adalah membabitkan kemaskini data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), rayuan Bantuan Khas Covid-19 (BKC), Geran Khas Prihatin (GKP) dan lain-lain lagi.

“Pemuda Umno tetap terus perjuangkan suara rakyat mengenai #TuntutanRakyat

“Insya-Allah pagi esok akan bertemu lagi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk follow-up,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Pada Isnin lalu BKC fasa satu mula dibayar secara berperingkat selepas Perdana Menteri mengumumkan mengenai penyaluran dana bantuan terbabit.

Ismail Sabri Yaakob, ketika mengumumkan perkara itu berkata BKC akan memanfaatkan 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40, serta golongan bujang yang berkelayakan.

Bagi tujuan itu dana berjumlah RM3.1 bilion disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan dan proses pengkreditan fasa satu bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here