19,307 kes harian Covid-19 hari ini

0
2
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

MALAYSIA mencatatkan 19,307 kes positif Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan kini melepasi 1.9 juta iaitu 1,919,774 kes sejak wabak berkenaan melanda.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, Sarawak terus mencatatkan jangkitan tertinggi melepasi 3,000 kes, iaitu 3,118 hari ini.

Ia diikuti Selangor iaitu 2,700 kes, Sabah (2,298), Pulau Pinang (2,243), Johor (2,032), Kedah (1,487), Kelantan (1,438) dan Perak (1,341).

Manakala Terengganu merekodkan 910 kes, Pahang (661), Kuala Lumpur (513), Melaka (340) dan Negeri Sembilan (207).

Di Perlis sebanyak 108 kes, Putrajaya (28) dan Labuan 15 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here