PARTI Bersatu Sabah (PBS) bertanding di 15 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini.
Kerusi terbabit ialah Bengkoka, Matunggong, Tandek, Kadamaian, Tamparuli, Kiulu, Inanam, Api-Api, Tanjung Aru, Kapayan, Limbahau, Kundasang, Melalap, Telupid dan Karamunting.
Presidennya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada 25 kerusi yang diminta parti itu.
“Pada mulanya kita meminta 25 kerusi kerana kita percaya boleh memenangi banyak kerusi untuk PN.
“Namun atas dasar menghormati parti lain, kita memutuskan bahawa yang penting adalah untuk menang dan mengambil alih kerajaan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.
Beliau berkata, PBS akan bertanding menggunakan bendera dan lambang sendiri seperti yang ditekankannya sebelum ini. – Malaysiapost
Senarai lengkap calon PBS:
- N2 Bengkoka – Samuil Mopun
- N5 Matunggong – Julita Majungki
- N7 Tandek – Hendrus Anding
- N11 Kadamaian – Demis Rumanti
- N14 Tamparuli – Datuk Jahid Jahim
- N15 Kiulu – Datuk Joniston Bangkuai
- N18 Inanam – Datuk William Majimbon
- N20 Api-Api – Datuk Dr Yee Moh Chai
- N22 Tanjung Aru – Datuk Yong Oui Fah
- N25 Kapayan – Dr Edwin Bosi
- N27 Limbahau – Datuk Johnny Mositun
- N36 Kundasang – Datuk Dr Joachim Gunsalam
- N42 Melalap – Datuk Radin Maleh
- N47 Telupid – Jonnybone J Kurum
- N54 Karamunting – Kong Nyuk Thou

