Sarawak terus catat jangkitan tertinggi

0
2

SEBANYAK 19,733 kes kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini, meningkat sedikit berbanding 18,547 semalam.

Angka itu menjadikan kes keseluruhan Covid-19 di Malaysia terus meningkat melebihi 1.9 juta iaitu dengan 1,900,467 kes direkodkan.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, Sarawak masih mencatatkan jangkitan tertinggi selepas empat hari berturut-turut melepasi 3,000 kes, dengan 3,100 kes hari ini.

Sementara itu sebanyak tiga negeri mencatat kes lebih 2,000 iaitu Selangor 2,989 kes, Pulau Pinang 2,474 dan Sabah dengan 2,067 kes.

Ia diikuti Johor 1,867, Kedah 1,564, Kelantan 1,471 dan Perak dengan 1,319 kes.

Manakala, Terengganu mencatatkan 904 kes, Pahang Pahang 704, Kuala Lumpur 537, Melaka 375 dan Negeri Sembilan 256 kes.

Perlis pula mencatat peningkatan berganda dengan 74 berbanding 20 kes semalam. Sementara, Putrajaya sebanyak 29 kes dan Labuan tujuh kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here