SOP ‘cacamarba’ punca ribuan rakyat hilang kerja – Syed Saddiq

0
2

AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan prosuder operasi standard (SOP) ‘cacamarba’ yang berterusan dilaksanakan kerajaan ketika ini akan menyebabkan ribuan rakyat hilang pekerjaan.

Perkara itu dinyatakan beliau menerusi Facebooknya, susulan kelonggaran diberikan kerajaan terhadap penggiat seni kreatif termasuk panggung wayang yang dibenar beroperasi mulai esok.

“Cinema dah boleh buka tapi gym dan padang bola yang ‘open air’ masih kekal tutup. ‘Please make this make sense’.

“Nampaknya kerajaan lebih pentingkan industri hiburan dari industri sukan dan kesihatan rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran berkenaan.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, beliau bukan menentang pembukaan sektor industri seni kreatif sebaliknya meminta kerajaan turut membantu pihak lain.

“Saya tidak menentang pembukaan semula panggung wayang dan sektor hiburan, ia dialu-alukan jika dengan SOP yang betul.

“Namun tolonglah bantu pihak lain juga sebelum terlambat. (Ini kerana) puluhan ribu bakal hilang kerja jika SOP cacamarba ini berterusan,” katanya.

Semalam, kerajaan pengumumkan lebih sejuta penggiat industri kreatif, artis dan pekerja melibatkan 19,000 syarikat berkaitan boleh menarik nafas lega apabila kerajaan bersetuju melonggarkan SOP Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehubungan itu, semua penggiat industri berkenaan yang lengkap dua dos vaksin dibenarkan kembali bergiat di negeri-negeri dalam Fasa 1 PPN mulai 9 September ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat menerusi perbincangan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 pada Khamis lalu, tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk kapasiti ruang premis yang dibenarkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here