Suntikan vaksin pelajar ditentukan Khamis ini – KJ

0
2

KEPUTUSAN mengenai pemberian suntikan vaksin Covid-19 kepada pelajar sekolah akan dimuktamadkan dalam mesyuarat penyelarasan membabitkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM), Khamis ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata sebaik mencapai satu keputusan, ia akan dibawa pula kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, selain suntikan vaksin kepada pelajar sekolah, mesyuarat itu akan membincangkan cadangan lain berkenaan pendidikan dan kesihatan ketika menghadapi cabaran Covid-19, lapor Bernama.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas meninjau program outreach suntikan vaksin COVID-19 kepada penduduk di Pulau Larapan, dekat Semporna.

Mengulas mengenai situasi Sarawak yang mencatat kes baharu Covid-19 tertinggi kelmarin iaitu 3,714 kes dengan kadar vaksinasi di negeri itu mencapai 80 peratus, Khairy berkata, 99 peratus kes membabitkan pesakit kategori satu dan dua.

“Hanya empat pesakit berada di kategori tiga, empat dan lima. Ini menunjukkan kita dalam fasa melaksanakan peralihan kepada endemik.

“Kita hidup dengan virus ini, masih lagi ada jangkitan tetapi kesannya tidak teruk sangat dengan batuk dan demam ringan sahaja,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here