Baki RM4.8 bilion untuk BKC disalur hingga Disember

0
2

BAKI RM4.8 bilion peruntukan untuk Bantuan Khas Covid-19 (BKC) bagi Fasa 2 dan 3 akan disalurkan sehingga Disember tahun ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata bagi BKC Fasa 1, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM3.1 bilion untuk memanfaatkan hampir 10 juta penerima.

“Saya berharap bantuan ini akan serba sedikit dapat mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi Covid-19, InsyaAllah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata bermula hari ini, pembayaran BKC akan dilaksanakan secara automatik ke akaun-akaun penerima yang terdiri daripada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Beliau berkata, penerima yang tiada akaun bank boleh menerima bayaran di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

“Bagi mereka yang belum menerima BKC di dalam akaun mereka, jangan khuatir. Proses penyaluran dijalankan secara berperingkat sehingga 10 September 2021,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here