Azizulhasni terpaku lihat koleksi basikal antik milik Siti Nurhaliza

0
2

“DATUK K (Khalid) dan Datuk CT (Siti Nurhaliza) memang ‘die-hard fan’ sukan berbasikal,” kata jaguh sukan berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang.

Azizulhasni atau dikenali dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman’ mengakui sangat terkesima melihat koleksi basikal milik penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Katanya, pasangan terkenal itu turut mempunyai koleksi basikal antik yang amat jarang ditemui ketika ini.

“Masa berada di galeri itu, saya tengok satu persatu secara terperinci dan seolah-olah ada alunan mozart mengiringi. Kagum.

“Tapi saya sangat terkesima melihat koleksi basikal mereka. Paling saya terpaku adalah koleksi basikal antik yang memang susah nak dapat.

“Mereka berdua ini memang sangat aktif berkayuh dan siap masuk perlumbaan lagi, jangan tak tahu,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Azizulhasni juga tidak menyangka menerima jemputan ke rumah penyanyi tersebut apabila kebetulan berada di kawasan berdekatan.

Mengimbau pertemuan bersama pasangan terkenal itu, Azizulhasni sangat berbesar hati akhirnya dapat bertemu kembali selepas pertemuan terakhir mereka di Melbourne, Australia.

“Memang tidak dinafikan, satu Malaysia sayangkan Dato CT termasuklah saya serta seluruh keluarga.

“Anak-anak saya Amna Maryam @amnamaryam dan Amna Khadeeja @amnakhadeeja_ suka sangat dekat Aafiyah @aafiyahkhalid , jadi saya buat video call dan mereka bersembang secara virtual,” katanya.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu sempat memuji masakan penyanyi 7 Nasihat itu, yang menghidangkan aneka jenis hidangan bagi merai kedatangannya.

“Saya baru tahu, Dato CT ni bukan hebat menyanyi je, memasak pun boleh tahan juga.

“Banyak hidangan disediakan sendiri dan semuanya sedap-sedap belaka tetapi cucur memang terbaik, saya makan sampai menyanyi lagu Percayalah….,” tulisnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here