PARTI Warisan Sabah (Warisan) Plus akan menggunakan tiga logo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata, tiga logo terbabit ialah logo Warisan, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan PKR.
“Logo Warisan akan digunakan oleh Warisan sendiri, DAP dan Parti Amanah. Manakala calon UPKO dan PKR akan mengunakan logo masing-masing,” katanya.
Mohd Shafie berkata, setakat ini Warisan, DAP, UPKO dan Amanah akan bertanding di 66 kerusi, manakala selebihnya akan ditandingi PKR yang akan membuat pengumuman mengenai perkara itu kemudian.
Warisan mendapat 46 kerusi, UPKO (12), DAP (7), PKR (7) dan Amanah (1), menyaksikan mereka bertanding di semua 73 kerusi DUN Sabah. – Malaysiapost

