Paralimpik: Buruan emas Liek Hou semakin hampir

0
2

JAGUH badminton para negara, Cheah Liek Hou menepati ramalan apabila melangkah ke final kategori SU5 Sukan Paralimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.

Bagaimanapun, juara dunia enam kali itu dipaksa bekerja keras sebelum mengatasi pemain Taiwan, Fang Jen Yu 15-21, 21-10, 21-16 dalam aksi separuh akhir di Stadium Kebangsaan Yoyogi.

Liek Hou akan bertemu pemain nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dalam aksi final yang dijadual berlangsung pada jam 3 petang ini.

Dheva melangkah ke final selepas menundukkan rakan senegaranya, Suryo Nugroho 21-13, 21-15 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Sebagai rekod, Liek Hou menang dalam pertemuan terakhir dengan Dheva ketika aksi final Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Dubai, April lalu yang menyaksikan dia muncul juara.

Kredit Foto: Majlis Sukan Negara Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here