TUDM laksana Demonstrasi Keupayaan Operasi Khas mulai hari ini

0
2

ORANG ramai di sekitar Pantai Hiburan dan Bandar Kuala Rompin, Pahang dinasihatkan tidak panik apabila melihat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah atau terdengar bunyi letupan dan tembakan senjata api.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan berkata, ia merupakan latihan dan Demonstrasi Keupayaan Operasi Khas yang dilaksanakan oleh TUDM, bermula hari ini hingga 8 September 2021.

“Justeru, kawasan latihan dan demonstrasi ini akan dilaksanakan di kawasan terbabit,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, sepanjang latihan dijalankan, pesawat-pesawat pejuang dan helikopter TUDM akan melaksanakan penerbangan rendah.

“Selain, membuat penerbangan taktikal bagi latihan demonstrasi keupayaan khas tersebut.

“Sehubungan itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah dan jika terdengar bunyi letupan atau tembakan senjata api di sepanjang tempoh latihan berkenaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, latihan ini diadakan oleh TUDM bagi memastikan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan agar sentiasa berada di tahap yang terbaik khususnya di dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here