Mangsa insiden Myvi hanyut belum ditemui

0
2

PERODUA Myvi yang hanyut di Sungai Kionsom, Jalan Kionsom Lama, Inanam, Kota Kinabalu, petang tadi masih belum ditemui.

Perkara itu disahkan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi, yang memaklumkan setakat jam 9 malam tadi, pihaknya belum menemui kereta atau mangsa.

Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan namun pasukan bomba berdepan kesukaran berikutan keadaan arus sungai yang masih deras.

“Pihak bomba juga sudah menghubungi anak mangsa yang mengesahkan mangsa atau kenderaan berkenaan belum ditemui.

“Pasukan operasi bomba yang menjalankan operasi di sungai berkenaan juga melaporkan tiada sebarang penemuan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, sebuah Perodua Myvi dilaporkan hanyut ketika cuba melalui jambatan konkrit di Jalan Kionsom Lama.

Dalam kejadian itu, kenderaan berkenaan yang didakwa dinaiki oleh dua individu itu cuba melepasi jambatan berkenaan namun gagal selepas terjatuh ke dalam sungai disebabkan arus sungai yang deras. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here