PRN Sabah: DAP, Amanah guna logo Warisan

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

DAP dan Amanah akan menggunakan logo Warisan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Perkara itu disahkan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika berucap di Majlis Pelancaran Visi dan Warisan Plus, sebentar tadi.

“UPKO (Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu) akan menggunakan logo mereka sendiri kerana mereka parti tempatan yang perlu diangkat,” katanya.

Shafie turut memaklumkan PKR tidak menggunakan logo Warisan dalam PRN nanti dan jumlah kerusi bagi parti itu juga belum dimuktamadkan.

PRN Sabah ke-16 akan diadakan pada 26 September manakala hari penamaan calon pada Sabtu, 12 September dan pengundian awal pada 22 September.

Sejumlah 1.12 juta pemilih berdaftar layak mengundi. -Malaysiapost