Polis siasat kejadian khianat surau, al-Quran dikoyak

0
2

PIHAK berkuasa memulakan siasatan terhadap perbuatan khianat di surau
Taman Setia Bakti di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu yang turut membabitkan beberapa al-Quran dikoyak dan dibuang di semak.

Lebih menyedihkan ruangan solat dicemari najis manusia di atas sejadah selain kesan air kencing pada dinding.

Kejadian disedari bilalnya, Mohd Azhar Mat Ghani, 43, ketika sampai di surau untuk melaungkan azan Subuh, kira-kira pukul 5.30 pagi, laporan Utusan Online.

Mohd Azhar kemudian meminta isterinya bersama jemaah lain memeriksa kawasan sekitar dan terkejut melihat rak al-Quran kosong dengan beberapa naskah dikoyak dan dibuang di kawasan semak.

“Kejadian khianat ini merupakan yang kedua dengan kes pertama pada Julai lalu apabila beberapa kitab tafsir dan al-Quran dicincang, tetapi tiada laporan polis dibuat kerana kita menganggap perbuatan itu tidak serius, namun kali ini ia benar-benar sudah melampau,” katanya.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Baharudin Abdullah berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 295 dan 497 di bawah Kanun Keseksaan.

“Pengadu yang merupakan orang pertama ke surau pagi ini mendapati premis berkenaan tidak berkunci dan kita percaya suspek masuk melalui pintu utama,” katanya.

Surau itu ditutup selepas selesai solat Isyak, kira-kira pukul 9.15 malam tadi- Malaysiapost

Foto : Utusan Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here