Hampir 15 juta penduduk lengkap suntikan vaksin

0
2

SERAMAI 14,886,006 individu atau 63.6 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan infografik dikongsi di Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) hari ini, seramai 19,621,799 individu atau 83.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam ialah 34,490,572 dos.

JKJAV memaklumkan, 60.1 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan negara telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 45.6 peratus sudah melengkapkan vaksinasi.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan 361,381 pemberian dos dengan 181,281 daripadanya adalah dos pertama manakala 180,100 telah melengkapkan penerimaan dos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here